icon-search

Waxing: bukan sekadar bebas bulu!

Penggunaan wax untuk menghapuskan bulu merupakan salah satu kaedah yang tidak asing lagi dalam dunia kecantikan. Walaupun masih ramai yang takut untuk mencuba teknik ini bagi membuang bulu-bulu yang tidak diingini, waxing sebenarnya mempunyai banyak kebaikan untuk kulit kita. Jom lihat kebaikan-kebaikan waxing yang kita boleh dapat!

Hasil yang tahan lama: Waxing akan cabut bulu sehingga ke akar. Ini bermaksud, bulu akan mengambil masa yang lebih lama untuk tumbuh baru. Kebiasaannya, bulu akan mengambil masa lebih kurang 4-6 minggu untuk tumbuh balik, jadi masa yang digunakan untuk membuang bulu dapat dikurangkan berbanding mencukur atau kaedah pembuangan bulu yang lain.

Kulit lebih licin: Waxing tidak hanya membuang bulu, tetapi ia juga dapat membantu dalam proses eksfoliasi yang boleh menyebabkan kulit menjadi lebih halus dan licin. Ini kerana wax akan menghapuskan sel-sel kulit mati bersama-sama dengan bulu yang ditanggalkan. 

Bulu semakin halus: Waxing boleh menyebabkan bulu kita menjadi semakin halus dan jarang. Selepas anda waxing secara berulang-ulang kali, folikel bulu akan menjadi semakin lemah. Hasilnya, bulu akan menjadi semakin halus dan jarang.

Mengurangkan iritasi pada kulit: Waxing boleh dikira sebagai salah satu method yang lembut berbanding mencukur. Walaupun kelihatan menyakitkan, waxing tidak akan melibatkan geseran dan iritasi pada kulit yang boleh menyebabkan kepedihan, benjolan dan lain-lain iritasi pada kulit.

Lebih bersih: Waxing merupakan kaedah mencabut bulu yang lebih bersih berbanding mencukur kerana ia boleh menanggalkan bulu dan sel kulit mati yang ada di kulit kita. Ini bermaksud, kehadiran bakteria dan kuman yang terperangkap di kawasan kulit kita boleh dikurangkan.

Serba boleh: Wax boleh digunakan di mana-mana bahagian tubuh kita, termasuklah kaki, bawah lengan, alat sulit dan lain-lain. Jadi, wax merupakan kaedah yang serba boleh memandangkan ia boleh digunakan di bahagian yang spesifik atau bahagian yang lebih luas.

Senang kata, terdapat banyak sebab kenapa waxing menjadi salah satu kaedah mencabut bulu yang agak terkenal. Walaupun pada mulanya ia kelihatan seram dan menyakitkan, namun, kelebihan-kelebihan waxing seperti kulit lebih licin dan bersih membuatkan kaedah ini menjadi pilihan orang yang mementingkan keberkesanan dan kaedah yang lebih bersih.

Anda dah penat bercukur setiap hari? Cubalah Cold Wax daripada Wawawax untuk membuang bulu-bulu yang tidak diingini.

Dengan menggunakan cold wax, anda tidak perlu membuang masa untuk membuang bulu anda setiap hari. Waxing hanya perlu dilakukan 1-2 kali setiap bulan, bergantung kepada hormon dan bahagian badan yang anda wax. 

Wawawax Cold Wax juga selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur, bermula daripada remaja, dan tanpa mengira jantina. Bahan-bahan yang digunakan pula hanyalah bahan semula jadi iaitu lemon, madu, gula dan air. Tiada bahan pewangi, pengawet atau sebarang bahan kimia lain yang digunakan. Jadi, ibu mengandung juga boleh menggunakan produk ini tanpa rasa was-was. Anda boleh mendapatkan produk Wawawax dengan hanya klik di sini! 

 




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping